Antara Honor 8 dan Samsung Galaxy A5 (2017), Mana Pilihan Hati?
Antara Honor 8 dan Samsung Galaxy A5 (2017), yang mana satu kah pilihan hati? Kedua-duanya telefon pintar kelas pertengahan, harga juga sama tapi ada beberapa faktor yang membezakan dua telefon pintar ini.
Perbezaan ketara yang ada pada kedua peranti ini adalah rekaan badan. Pada mata kami kedua-duanya memang seksi. Rekaan Honor 8 yang minimalis ditambah pula dengan penggunaan metal dikeseluruhan badan menambahkan lagi keseksian peranti ini. Galaxy A5 pula mempunyai rekaan seakan-akan Galaxy S7 tapi rekaan ini lebih polish dan menarik. Selain rekaan badan, kedudukan pengimbas cap jari juga merupakan faktor yang tidak boleh ditolak ketepi. Honor 8 mempunyai pengimbas cap jari dibelakang manakala Galaxy A5 pula dihadapan. Ini bergantung kepada individu, ada yang suka dibelakang dan sebaliknya. Bagi kami, kedudukan pegimbas cap jari dibelakang lebih praktikal bila memegang cuma masalahnya bila peranti di atas meja, anda perlu mengangkat peranti untuk dinyahkunci.
Dari segi kamera pula, ia lebih memihak Honor 8. Dengan sistem dual kamera, ia mampu menghasilkan kualiti gambar yang lebih memuaskan. Walaupun megapiksel nya cuma 12MP berbanding 16MP pada Galaxy A5, percayalah ia bukan penentu kepada kualiti gambar. Sistem kamera pada Honor 8 mampu menghasilkan kualiti bokeh yang lebih menawan berbanding Galaxy A5.
Dari segi sim kad. Kedua-duanya mempunyai slot dua sim kad dan menyokong kad mikroSD sehingga 256GB. Cuma, kami lebih sukakan Galaxy A5 kerana kebolehkan meletak dua simkad dan juga kad mikroSD serentak. Walaupun posisinya agak janggal. Honor 8 pula hanya membenarkan dua sim kad atau satu sim kad dan satu kad mikroSD. Ini dinamakan sistem hibrid. Mahukan memori tambahan? Anda kena korbankan satu sim kad.
Spesifikasi selebihnya pada kedua peranti ini adalah sama/hampir. Jadi, berdasarkan kepada perbezaan ketara yang kami jelaskan, peranti mana anda rasakan lebih berbaloi? Kongsikan di ruangan komen.
