[Gossip] OnePlus 5 Dijana 8GB RAM



Siapa sini pengguna telefon pintar jenama OnePlus? Pastinya sangat puas hati bukan? Dengan spesifikasi yang mantap, ditambah pula dengan harga yang berpatutan semestinya membuatkan pengguna One Plus tidak akan curang ke jenama lain. Terkini, khabarnya model OnePlus seterusnya bakal dikenali dengan nama OnePlus 5. Hal ini telah disahkan sendiri oleh pihak TheVerge.

Model terkini OnePlus yang masih laku dan panas di pasaran adalah OnePlus 3T. Hurmmm..kenapa model seterusnya bukan One Plus 4? Ini kerana, di China angka 4 dilihat bukanlah nombor yang bertuah. Tapi, Xiaomi rilek je letak nombor 4 di model telefon mereka seperti Redmi 4A, 4X dan 4 Prime. Itu kena tanya mereka. Kami tak mahu komen lebih tentang hal ni. Silap cakap nanti...merana. Haha.

Terbaharu, ada gossip yang menyatakan OnePlus bakal dijana menggunakan 8GB RAM! Memang besar, lebih besar dari saiz RAM pada laptop kami. Tapi jika diamati model OnePlus sebelum ini, pihak OnePlus sememangnya setapak kehadapan bila melibatkan penggunaan RAM. Lihat sahaja OnePlus 3 dan 3T yang menggunakan 6GB RAM walhal kebanyakan telefon pintar lain pada waktu itu hanya menggunakan 3/4GB RAM sahaja. Jadi, ini bukanlah mustahil. Sama-sama kita nantikan. Selain itu, dikhabarkan juga telefon ini bakal dijana cip pemprosesan Snapdragon 835. Semestinya berkuasa.

Harga? Ada yang mengatakan ia bakal dijual pada harga $449. 

Sumber: The Verge, gsmarena