Jelly Telefon Pintar 4G Terkecil Menjalankan Android Nougat 7.0
Trend telefon pintar sekarang menyaksikan saiz skrin yang besar. Kebiasaannya 5 - 6". Untuk saiz 6" pon kami dah rasa janggal nak letak di telinga apatah lagi tablet yang boleh buat panggilan. Rasa pelik. Namun, disebalik trend yang semakin menjadi kebiasaan ini, syarikat Unihertz yang berpangkalan di China melakukan sesuatu yang melawan arus.
Memperkenalkan Jelly, telefon pintar 4G terkecil menjalankan android nougat 7.0. Telefon ini hanya mempunyai saiz skrin 2.45" . Walaupun saiznya kecil , ia mampu berfungsi seperti telefon pintar lain yang ada dipasaran. Mempunyai 2 versi iaitu Jelly yang dilengkapi 1GB RAM/8GB ROM dan Jelly Pro, 2GB RAM/16GB ROM.
Berukuran 3.6 x 1.7 x 0.5 inci, telefon ini dikuasakan 1.1 GHz quad core processor (berkemungkinan cip Mediatek), mempunyai dua kamera, 8MP di belakang dan 2MP di depan. menyokong dua sim dan MikroSD sehingga 256GB, GPS, Wi-Fi, Bluetooth 4.0 dan kapasiti bateri sebesar 950 mAh. Ia juga mampu menjalankan mana-mana aplikasi yang ada di Google Play Store.
Berminat? Anda boleh membelinya di laman Kickstarter dengan harga bermula $59 dan dijangka mereka akan memulakan proses penghantaran pada Ogos ini memandangkan kempen mereka di Kickstarter sudah melebihi target dalam masa lebih kurang 1 jam. Wow!
Jadi, adakah anda akan memiliki telefon pintar 4G terkecil ni? Bagi kami di PhGadget, baik beli Nokia 3310. Haha.
Sumber: Kickstarter

