Kriteria Dalam Membeli Telefon Pintar
Di zaman yang serba canggih ini semestinya kita inginkan sebuah telefon pintar yang dapat melaksanakan segala tugasan harian kita dengan cekap, pantas dan mudah. Namun, dengan lambakan telefon pintar yang berada di pasaran semestinya membuatkan kita pening dalam memilih telefon manakah yang sesuai dengan kehendak kita. Di dalam entri kali ini, kami akan menerangkan tentang perkara yang perlu dititikberatkan semasa membaut pemilihan.
1. Saiz skrin
Saiz skrin amatlah penting kerana saiz skrin juga menentukan saiz telefon yang akan dipegang. Semenjak kebelakangan ini, kebanyakan pengeluar suka menggunakan saiz 5 - 5.5" untuk telefon jenama mereka. Amat sukar sekali mencari telefon yang menggunakan saiz 4 - 4.7". Ya, memang ada tapi kebanyakannya mempunyai spesifikasi yang rendah ataupun pertengahan. Jika besar saiz tapak tangan anda, mungkin 5.5" yang sesuai dan selesa dipegang. Begitulah sebaliknya. Namun, ia bergantung kepada tahap keselesaan anda.
2. Pemprosesan
Pemprosesan adalah faktor penting dalam membuat pemilihan. Jika salah pilih, anda akan menyesal dikemudian hari. Pemprosesan antara faktor yang menentukan tahap kelancaran sesebuah telefon pintar dalam mengendalikan aplikasi yang dibuka dalam sesuatu masa. Jika telefon anda perlahan atau lag, ini bermaksud pemprosesan telefon tersebut tidak mampu untuk mengendalikan aplikasi tersebut. Buat masa ini pemprosesan yang paling berkuasa adalah Snapdragon 835 yang ada dalam Samsung Galaxy S8/S8+ (Pasaran USA) dan Xiaomi Mi 6. Tetapi ini turut bergantung kepada tahap penggunaan anda. Jika anda seorang pengguna yang 'ringan', anda tidak perlukan telefon yang berkuasa, cukup telefon pertengahan.
3. RAM
Selain pemprosesan, RAM juga menentukan tahap kelancaran sesebuah telefon. Untuk lebih selamat, carilah telefon yang mempunyai RAM sekurang-kurangnya 2GB. Cukup untuk menggunakan whatsapp, facebook dan beberapa permainan ringan. Jika menjalankan permainan yang berat seperti Asphalt 8, telefon tersebut akan cepat panas dan boleh menyebabkan lag yang melampau. Sayangilah telefon anda.
4. Muatan Dalaman
Bagi yang suka bergambar dan merakam video, atau menyimpan filem di dalam telefon, digalakkan mencari telefon yang mempunyai muatan dalaman yang besar contohnya 64GB. Tetapi jika telefon anda mempunyai muatan dalam yang rendah, ini bukan suatu masalah besar kerana sebilangan besar telefon pintar yang ada dipasaran boleh diperbesarkan muatan dalam menggunakan kad MikroSD. Melainkan iPhone. Kami di PhGadget secara peribadi lebih sukakan telefon yang mempunyai muatan dalaman 'internal' yang besar tanpa bantuan MikroSD.
5. Kamera
Tak dinafikan kamera antara faktor utama dalam membeli sesebuah telefon. Lebih-lebih lagi jika anda seorang fotografer yang amat memahami mekanisma disebalik lensa kamera. Harus di ingat, megapiksel yang tinggi tidak bermakna kamera itu hebat. Inginkan kamera yang hebat? Carilah kamera yang mempunyai aperture yang rendah. Contohnya f/1.7 yang ada pada Samsung Galaxy S8/S8+. Ini kerana, aperture yang rendah dapat menghasilkan bokeh yang cantik. Apa itu bokeh? Anda kena belajar selok belok fotografi telebih dahulu. Hehe.
Inilah 5 faktor utama dalam membuat pilihan telefon pintar. Ada lagi? Kongsikan di ruangan komen dan kami akan tambah di artikel ini.