Samsung Galaxy S8 dan S8+ Kini di Malaysia!
Akhirnya....sebuah telefon yang paling dinantikan terutamanya buat peminat telefon pintar jenama Samsung kini sudah pun mula dijual di Malaysia bermula hari ini. Samsung Galaxy S8 dijual pada tanda harga RM3299 manakala Galaxy S8+ pula berharga RM3699 termasuk GST. Satu tanda harga yang premium untuk sebuah telefon pintar yang premium. Buat masa ini, Samsung Malaysia hanya menawarkan 3 jenis warna sahaja iaitu Midnight Black, Orchid Gray dan Maple Gold. Selain dua telefon pintar tersebut, terdapat sejumlah aksesori seperti Gear 360 yang baharu, Samsung DeX dan dan juga Gear VR turut dijual.
Spesifikasi Samsung Galaxy S8 dan S8+
Bagi sesiapa yang dah tak sabar nak memiliki telefon pintar terhebat dari Samsung ini, jangan lupa jejakkan kaki anda di Sunway Piramid, Queensbay Mall atau Sutera Mall bagi mendapatkan promosi untuk memiliki Galaxy S8 atau S8+ sementara stok masih ada. Ada yang dah beli ke? Kongsikan komen anda berkenaan telefon ini di ruangan komen.

