Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Antara Honor 8 dan Samsung Galaxy A5 (2017), Mana Pilihan Hati?

Imej
Antara Honor 8 dan Samsung Galaxy A5 (2017), yang mana satu kah pilihan hati? Kedua-duanya telefon pintar kelas pertengahan, harga juga sama tapi ada beberapa faktor yang membezakan dua telefon pintar ini.  Perbezaan ketara yang ada pada kedua peranti ini adalah rekaan badan. Pada mata kami kedua-duanya memang seksi. Rekaan Honor 8 yang minimalis ditambah pula dengan penggunaan metal dikeseluruhan badan menambahkan lagi keseksian peranti ini. Galaxy A5 pula mempunyai rekaan seakan-akan Galaxy S7 tapi rekaan ini lebih polish dan menarik. Selain rekaan badan, kedudukan pengimbas cap jari juga merupakan faktor yang tidak boleh ditolak ketepi. Honor 8 mempunyai pengimbas cap jari dibelakang manakala Galaxy A5 pula dihadapan. Ini bergantung kepada individu, ada yang suka dibelakang dan sebaliknya. Bagi kami, kedudukan pegimbas cap jari dibelakang lebih praktikal bila memegang cuma masalahnya bila peranti di atas meja, anda perlu mengangkat peranti untuk dinyahkunci. Da...

[Gossip] OnePlus 5 Dijana 8GB RAM

Imej
Siapa sini pengguna telefon pintar jenama OnePlus? Pastinya sangat puas hati bukan? Dengan spesifikasi yang mantap, ditambah pula dengan harga yang berpatutan semestinya membuatkan pengguna One Plus tidak akan curang ke jenama lain. Terkini, khabarnya model OnePlus seterusnya bakal dikenali dengan nama OnePlus 5. Hal ini telah disahkan sendiri oleh pihak TheVerge . Model terkini OnePlus yang masih laku dan panas di pasaran adalah OnePlus 3T. Hurmmm..kenapa model seterusnya bukan One Plus 4? Ini kerana, di China angka 4 dilihat bukanlah nombor yang bertuah. Tapi, Xiaomi rilek je letak nombor 4 di model telefon mereka seperti Redmi 4A, 4X dan 4 Prime. Itu kena tanya mereka. Kami tak mahu komen lebih tentang hal ni. Silap cakap nanti...merana. Haha. Terbaharu, ada gossip yang menyatakan OnePlus bakal dijana menggunakan 8GB RAM! Memang besar, lebih besar dari saiz RAM pada laptop kami. Tapi jika diamati model OnePlus sebelum ini, pihak OnePlus sememangnya setapak kehadapan b...

Jelly Telefon Pintar 4G Terkecil Menjalankan Android Nougat 7.0

Imej
Trend telefon pintar sekarang menyaksikan saiz skrin yang besar. Kebiasaannya 5 - 6". Untuk saiz 6" pon kami dah rasa janggal nak letak di telinga apatah lagi tablet yang boleh buat panggilan. Rasa pelik. Namun, disebalik trend yang semakin menjadi kebiasaan ini, syarikat Unihertz yang berpangkalan di China melakukan sesuatu yang melawan arus.  Memperkenalkan Jelly, telefon pintar 4G terkecil menjalankan android nougat 7.0. Telefon ini hanya mempunyai saiz skrin 2.45" . Walaupun saiznya kecil , ia mampu berfungsi seperti telefon pintar lain yang ada dipasaran. Mempunyai 2 versi iaitu Jelly yang dilengkapi 1GB RAM/8GB ROM dan Jelly Pro, 2GB RAM/16GB ROM.  Berukuran 3.6 x 1.7 x 0.5 inci, telefon ini dikuasakan 1.1 GHz quad core processor (berkemungkinan cip Mediatek), mempunyai dua kamera, 8MP di belakang dan 2MP di depan. menyokong dua sim dan MikroSD sehingga 256GB, GPS, Wi-Fi, Bluetooth 4.0 dan kapasiti bateri sebesar 950 mAh. Ia juga mampu menjalankan...

Kriteria Dalam Membeli Telefon Pintar

Imej
Di zaman yang serba canggih ini semestinya kita inginkan sebuah telefon pintar yang dapat melaksanakan segala tugasan harian kita dengan cekap, pantas dan mudah. Namun, dengan lambakan telefon pintar yang berada di pasaran semestinya membuatkan kita pening dalam memilih telefon manakah yang sesuai dengan kehendak kita. Di dalam entri kali ini, kami akan menerangkan tentang perkara yang perlu dititikberatkan semasa membaut pemilihan. 1. Saiz skrin Saiz skrin amatlah penting kerana saiz skrin juga menentukan saiz telefon yang akan dipegang. Semenjak kebelakangan ini, kebanyakan pengeluar suka menggunakan saiz 5 - 5.5" untuk telefon jenama mereka. Amat sukar sekali mencari telefon yang menggunakan saiz 4 - 4.7". Ya, memang ada tapi kebanyakannya mempunyai spesifikasi yang rendah ataupun pertengahan. Jika besar saiz tapak tangan anda, mungkin 5.5" yang sesuai dan selesa dipegang. Begitulah sebaliknya. Namun, ia bergantung kepada tahap keselesaan anda.  2. Pe...

Samsung Galaxy S8 dan S8+ Kini di Malaysia!

Imej
Akhirnya....sebuah telefon yang paling dinantikan terutamanya buat peminat telefon pintar jenama Samsung kini sudah pun mula dijual di Malaysia bermula hari ini. Samsung Galaxy S8 dijual pada tanda harga RM3299 manakala Galaxy S8+ pula berharga RM3699 termasuk GST. Satu tanda harga yang premium untuk sebuah telefon pintar yang premium. Buat masa ini, Samsung Malaysia hanya menawarkan 3 jenis warna sahaja iaitu Midnight Black, Orchid Gray dan Maple Gold. Selain dua telefon pintar tersebut, terdapat sejumlah aksesori seperti Gear 360 yang baharu, Samsung DeX dan dan juga Gear VR turut dijual.  Spesifikasi Samsung Galaxy S8 dan S8+ Bagi sesiapa yang dah tak sabar nak memiliki telefon pintar terhebat dari Samsung ini, jangan lupa jejakkan kaki anda di Sunway Piramid, Queensbay Mall atau Sutera Mall bagi mendapatkan promosi untuk memiliki Galaxy S8 atau S8+ sementara stok masih ada. Ada yang dah beli ke? Kongsikan komen anda berkenaan telefon ini di ruangan komen.

Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke PhGadget blog. Sebuah blog bahasa melayu khusus menceritakan segalanya tentang dunia teknologi di Malaysia. Terutamanya mengenai telefon pintar, komputer riba dan segalanya yang melibatkan teknologi. Kami di PhGadget blog akan membawakan kepada anda informasi terkini, ulasan telefon, dan mungkin di suatu masa nanti kami akan adakan 'giveaway' kepada pembaca bertuah kami. Jadi, jangan lupa 'subscribe' dan nikmatilah informasi teknologi berguna daripada kami untuk ada. PhGadget blog.